Keperluan

Kawasan permainan
Bola jaring boleh dimainkan di atas permukaan bersimen, berumput atau berlantaikan papan. Ukuran gelanggang bola jaring ialah 30.50m panjang dan 15.25m lebar. Tiang gol diletakkan pada setiap hujung kawasan permainan. Ketinggian tiang gol ialah 3.05m. Pada puncak tiang gol terdapat gegelung logam yang bergaris pusat 380mm.

Gelanggang bola jaring terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 2 kawasan gol dan 1 kawasan tengah.


Pakaian dan peralatan
Pemain biasanya memakai kemeja T dan berskirt atau berseluar. Pakaian seragam untuk sesebuah pasukan akan memudahkan mengenali rakan-rakan sepasukan dan bib yang berhuruf ringkas menunjukkan posisi pemain dan dipakai sepanjang perlawanan.

Huruf ringkas yang tingginya tidak melebihi 150mm dan dipakai di hadapan dan di belakang. Pemain juga perlu memakai pakaian yang selesa. Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Pilihlah kasut yang bertapak mencengkam supaya tidak mudah jatuh. But juga boleh dipakai. 

Permainan ini menggunakan bola berukuran antara 69-71cm. Berat bola pula antara 400-450g.