Pergerakan Permainan

Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh orang pemain, tetapi hanya tujuh orang pemain dibenarkan berada di gelanggang pada satu-satu perlawanan.

Seorang pemain akan berperanan sebagai pemain tengah (C). Pemain tengah berfungsi sebagai perantara kepada pemain-pemain penyerang dan pertahanan.

Kumpulan penyerang pula terdiri daripada tiga pemain iaitu:

  • Penjaring Gol (GS)
  • Penyerang Gol (GA)
  • Penyerang Tepi (WA)
Barisan pertahanan pula terdiri daripada tiga pemain iaitu:
  • Penjaga Gol (GK)
  • Pengadang Gol (GD)
  • Pengadang Tepi (WD)
Setiap pemain hanya boleh bergerak di gelanggang dalam kawasan tertentu . Pergerakan mereka bergantung kepada kedudukan mereka dalam perlawanan.









Perlawanan berlangsung sebanyak empat suku. Setiap suku berjalan selama 15 minit. Pasukan akan bertukar tempat setiap kali tamat suku masa (15/3/15/5/15/3/15). Perlawanan juga boleh berlangsung sebanyak dua bahagian, setiap bahagian berlangsung selama 20 minit (20/5/20).

Pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dianggap pemenang perlawanan. Setiap satu jaringan dikira sebagai satu gol. Jaringan dilakukan dengan memasukkan bola ke dalam gegelung logam. Pemain-pemain juga mesti menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol. Biasanya hanya pemain yang berperanan sebagai penjaring gol (GS) dan penyerang gol (GA) sahaja yang boleh menjaringkan gol.

Setiap perlawanan bola jaring akan diadili oleh dua pengadil. Kedua-dua pengadil ini akan berdiri di garisan tepi dan garisan gol. Permainan dimulakan dengan hantaran dari tengah. Hantaran tengah juga dilakukan untuk memulakan permainan selepas tamat setiap suku masa. Hantaran tengah dilakukan secara bergilir-gilir. 

Jika bola yang dimainkan keluar dari kawasan permainan, hantaran ke dalam akan dibuat dari garisan tepi setelah memastikan semua pemain di dalam gelanggang.