Sejarah dan Perkembangan

ABola Jaring adalah satu permainan yang direka dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Bola keranjang telah diperkenalkan oleh Dr.James Naismith di Amerika. Pada tahun 1895, seorang pensyarah berbangsa Amerika bernama Dr.Toles telah memperkenalkan cara bermain bola keranjang kepada pelajar-pelajar perempuan di Kolej Latihan Fizikal Madame Osterberg, England. Pada tahun 1897, seorang pensyarah wanita dari Amerika telah mengubahsuai permainan ini. Pada tahun 1901, sebuah buku peraturan rasmi bola keranjang diterbitkan di England. Permainan ini secara rasminya dipanggil bola keranjang apabila gol yang berbentuk gelung besi ditukarkan kepada jaring.



Di Malaysia, perkembangan bola jaring bermula di sekolah-sekolah. Guru-guru berbangsa Inggeris memperkenalkan permainan ini kepada murid-murid tempatan. Sehingga kini permainan bola jaring menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat negeri dan kebangsaan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).